Monday, April 20, 2020

Mukhriz Bakal Tumbangkan Muhyiddin Yassin Selepas Raya Aidilfitri

Mukhriz Bakal Tumbangkan Muhyiddin Yassin Selepas Raya Aidilfitri


Pemilihan Parti Peribumi Bersatu (PPBM) dijangka akan diadakan selepas perayaan aidilfitri 2020. Krisis pergolakan politik dalaman PPBM dijangka akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan perseteruan di antara blok politik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir Mohamed.

Strategi politik Tun Mahathir berkemungkinan diformulasikan semula dengan mengetengahkan karakter-karakter politik yang lebih berkredibiliti bagi menyaingi blok Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah diperkukuhkan dengan pengaruh parti sekutunya iaitu United Malays National Organisation (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaya (PAS).

Penganalisis politik berpendapat, Tun Mahathir masih mempamerkan corak personaliti politik yang bersamaan dengan tempoh pentadbirannya pada tahun 1990-an.



Namun, strategi “ala-machiavellian” yang dipraktikkan agak berbeza berbanding yang pernah dipraktikkan oleh beliau berikutan kekangan faktor usia.

Mukhriz Mahathir, diramalkan akan menjadi ‘buah catur’ baru Tun Mahathir bagi menumbangkan Presiden PPBM iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penguasaan ke atas PPBM merupakan suatu langkah prioriti bagi menjatuhkan Perikatan Nasional (PN) sebelum blok politik tersebut memperoleh penerimaan majoriti rakyat di Malaysia.

Pertembungan paksi politik di antara Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berlaku berikutan ketidaksealiran pendirian berhubung pembentukan gabungan bersama UMNO atau Democratic Action Party (DAP).

Tun Mahathir menetapkan pendirian untuk tidak bergabung dengan UMNO dan membentuk gabungan bersama DAP.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berpendirian untuk membentuk gabungan bersama UMNO disamping
menolak DAP sebagai sekutu politik. UMNO mungkin dilihat sebagai “political threat” (ancaaman politik) kepada PPBM (Blok Tun Mahathir) memandangkan kedua-duanya memiliki identiti politik yang bersamaan antara satu sama lain.


Persamaan identiti politik tersebut berkemungkinan akan merisikokan formulasi strategi “divide and rules’’ (Pecah dan Perintah) yang pernah dipraktikkan oleh Tun Mahathir di dalam pengalaman Pilihan Raya Umum.

Malahan, kewujudan Muafakat Nasional (MN) dan kebangkitan Dato’ Seri Najib Razak juga berpotensi melemahkan pengaruh PPBM dalam kalangan pengundi Melayu dan bumiputera.

Walaubagaimanapun, kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia akan memberikan cabaran besar terhadap percaturan politik Tun Mahathir dan Mukhriz Mahathir di samping pengaruh politiknya terhadap bekas ahli UMNO yang berhijrah ke PPBM akan menjadikan pemilihan Presiden PPBM suatu persaingan kompetitif.

Sumber : utusangenesls20

Post a Comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search